Friday 27 January 2012

ciri ciri wanita dambaan lelaki



> Yang takut dan bertaqwa kepada ALLAH. Selalu memperhatikan pandangan ALLAH dalam semua yang dilakukan..Sehingga tiada amal yang muncul darinya kecuali telah melewati proses muraqabah iaitu merasakan pengawasan ALLAH, dan sehingga amalnya menjadi semula jadi..tidak di buat buat..baik.. dan selamat..

> Yang mencintai pasangannya (suami) dengan cinta sejati yang menuju ke syurga. Menjadi teman terbaik, penolong terbaik dalam kebaikan. Cintanya tidak mementingkan kesenangan dunia. Supaya menjadi wanita solehah yang membawa pasangan (suami) untuk kehidupan akhirat..dan selalu mengingatkannya...

Rasulullah bersabda :
'' dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik baik perhiasan dunia adalah wanita solehah..

> Yang memilih lelaki kerana agama dan akidahnya..bukan kerana harta dan kekuasaannya...

Rasulullah bersabda :
''apabila ada orang datang yang engkau sukai agamanya dan juga akhlaknya, maka nikahilah dia.ini dikatakan sampai tiga kali''

> Yang menjaga kesucian kehidupan bersama (suami isteri). Tidak mahu rahsia rumah tangga di ketahui ramai. Menjaga perasaan serta keaiban pasangan (suami). Tidak mahu seorang pun mengeruhkan keadaan dan mencampuri urusannya.

> Yang setia kepada pasangan (suami) dan selalu menjaga rasa cinta suaminya, sama ada sebelum atau selepas melahirkan cahaya mata . Percaya sekiranya pasangan (suami) adalah pokok dan cahaya mata adalah cabang dari pokok tersebut.

> Yang baik serta melayan pasangan, manis percakapan, tidak mengeluarkan kata kata yang kotor kerana percaya bahawa yang lidah kotor akan melukai hati dan mengeruh kan hubungan.

biarlah memiliki rupa yang hodoh...
kerana rupa anda tidak akan menyakiti hati sesiapa..
janganlah memiliki lidah yang hodoh..
kerana lidah anda boleh menyakiti hati sesiapa sahaja..

> Yang sentiasa membuat sesuatu yang baru untuk pasangan (suami). tidak melakukan perkara yang sama setiap hari. contoh perkara baru dari segi percakapan, penampilan, cara hidup, menghias rumah...supaya suasana menjadi baru..sedangkan hubungan sudah lama..

> Yang sentiasa menjaga kesihatan luaran dan dalaman. Selalu segar dan tidak berpenyakit .

> Yang sanggup berkorban segalanya seperti hartanya, kerjayanya serta waktunya demi syurga kecilnya iaitu keluarganya..

> Yang tidak membiarkan cemburu buta menguasai hati, kerana cemburu buta hanya akan menutupi segalanya kebaikan pasangannya..dan membuatkan tidak nampak atau sedar akan kebaikan pasangan..

> Yang mengetahui masa yang paling sesuai untuk pasangan berbincang dengannya. Menceritakan perkara perkara yang di sukai pasangan.

#selamatberamal#

No comments:

Post a Comment