Saturday 31 December 2011

tanye jalan :)

SUatu hari A bertanya kepada B.

A :Maaf , tumpang tanya,lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG pekan HATI bandar I MISS U kat mana ye ?

B : Encik jalan terus ikut jalan ILAHI , nampak simpang tiga masuk belah kanan , ikut jalan NIKAH , sepanjang jalan tu , akan nampak belah kanan , kedai BATAS² PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit , iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI . haa tu tandanya encik berada di jalan betul....semoga selamat sampai ! 
P/s : semoge kita diredhai nya :) 

Tuesday 20 December 2011

bila mereka jatuh cinta

assalamualaikum..bismillahirrahmaanirrahim.. :)


mereka juga adalah makhluk ALLAH s.w.t. yang mempunyai perasaan sama seperti kita yang ingin cinta dan di cintai..kadang kita melihat luaran mereka dan memberi tanggapan yang kita sendiri tidak tahu betol atau pun salah..selagi namanya manusia..ia layak mencintai dan dicintai..cuma sebagai orang islam..perlulah melalui alan yang diredhaiNYA..

bila mereka jatuh cinta.. hati mereka menjadi resah.. 
resah dengan rasa cinta di hati akan membuatkan mereka terleka 
untuk sentiasa bersujud kepadaNya

bila mereka jatuh hati..mereka menjadi takut..
takut dengan cinta yang mula bersemadi di hati menjadi penghalang 
kepada mereka dengan cinta yang hakiki..

mereka berdoa..memohon kepadanya yang Maha Mendengar lagi Maha Penyayang..


Bismillahirrahmaanirrahim

Ya Allah..jika aku jatuh cinta..cintakanlah aku..
kepada seseorang yg melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati..izinkanlah aku..
menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati..
jagalah hatiku padanya..
agar tidak berpaling diriku daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu..
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid
dijalanMu

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu..
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu..
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh 
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..

Ya Allah jika benar rasa ini terbaik untukku..
kau dekat kan hatiku dan hatinya
lantas menjadi kekasih yang halal disisiMu

Ya Allah, sesunguhnya aku tidak sanggup
menahan ujian hati dariMu 
dan sangat takut akan zina hati ini

Sesungguhnya kau yang Maha Mendengar
dan Kau jua lah penentu segala sesuatu..

 keluarga bahagia :)

semoga kita juga menjadi seperti mereka yang sentiasa ingin menjadi terbaik di sisiNya..kita semestinya mahukan sebuah keluarga yang harmoni kan? kan? bahagia sentiasa .. bahagia di dunia dan juga akhirat sana..percayalah .. kita di dunia hanya sementara.. jangan terleka dan terus terhanyut .. ketahuilah.. sesungguhnya dunia ni bagaikan lautan yg dalam..ramai manusia yg karam di dlamnya..bila kau ingin selamat dari karam..layarilah lautan ni dengan sampan yang bernama TAKWA ..isinya pula IMAN dan layarlah bersamanya..

sebagai manusia.. kita kena sentiasa berwaspada terhadap syaitan.. ingatlah.. syaitan sudah berjanji untuk menyesatkan kita semua..syaitan telah berputus asa untuk menyesatkan kita dalam perkara2 yang besar..maka berjaga2 lah supaya kita tidak mengikutnya dalam perkara2 kecil..

sebagai manusia kadang kita akan terlupa.. jadi, sama2 lah kita mengingati antara 1 sama lain .. :)

pesanan yang ditaja oleh makcik :
cuba kita melihat mereka yang di maksudkan itu secara positif.. janganlah kita membandingkan mereka sama seperti segelintir yang telah melakukan kesalahan.. bak kata pepatah.. kerana susu setitik rosak semua nila sebaldi.. memang sayang bila melihat yang bertudung labuh pun rosak tapi lagi sayang kalau kita tidak mencegah perkara tersebut sebelum terjadi.. dan bertambah sayang kalau nasi dah jadi bubur,, tapi kita pulak terus bercerita tentang bubur tersebut.. dan terus salahkan antara satu sama lain.. asghtaghfirullah.. sedap sangat ke bubur tersebut untuk terus di jadikan isu? sama2 lah kita berfikir dan berubah.. :)

Wednesday 30 November 2011

perihal Hilang Keyakinan Diri

Yakin satu perkataan yang kuat berbanding hilang.. perkataan hilang membuatkan kita tak senang duduk.. contohnye..'duit aku hilang lah..' ade ke yang bile hilang something tapi rase seronok and rase bahagia 24 jam..


Tapi yakin boleh lemah seperti hilang bile kita gabungkan menjadi hilang yakin atau lebih tepat lagi.. HILANG KEYAKINAN DIRI..



Apakah punca Hilang Kenyakinan Diri?

1) Bila kita merasakan apa yang kita lakukan serba serbi kurang.. semua nya tidak kena ..
2) Terlalu memikirkan pandangan orang lain dan kritikannya
3) Ingin melakukan sesuatu yang dilakukan orang lain tanpa menjadi diri sendiri..
4) Keadaan sekeliling yang hanya menjatuhkan anda dan anda tidak melawannya malah mengiyakan

Punca2 tersebut akan membuat kan kita semakin down.. and akhirnya..?? kenapa kita mesti mengalah dengan begitu cepat? biarkan lah apa yang orang lain nak cakap.. mulut orang kita tak boleh tutup.. pandangan orang yang baik kita ambil untuk perbaiki diri.. pandangan yang teruk2 dan berbisa kita biar je.. buang jauh2.. buat tak tahu je.. ingat lah bahawa setiap orang ada pandangan yang berbeza.. kita tidak boleh mengubah pendirian orang tapi kita boleh mengubah pendirian kita.. dari yang lemah.. kita simen balek bagi kuat dan tabah hati ni.. asah balik kenyakinan yang mula pudar..

DEngar nasihat yang berguna.. dengarlah dari yang berpengalaman.. contohnye..:
1) ibu bapa kita..(orang tua akan memahami diri kita :) macam makcik )
2) ahli keluarga .. (pilih lah yang mane yang anda rase akan memahami)
3) pakar psikologi..(anda akan dapat banyak pandangan yang berguna insyaallah)

anda juga boleh merujuk guru agama .. kalau anda masih bersekolah.. sudah pasti perkhidmatan guru kaunselor disediakan .. :)

Perbaiki diri dengan :
1) fokus kan dengan apa yang dilakukan
2) bina jati diri
3) tunjukkan kehebatan atau keistimewaan diri
4) berhenti dari berputus asa
5) be yourself!! jangan tiru orang lain
6) yakin dengan apa kau buat..
7) stop lah dari kutuk diri sendiri.. (bersyukur dengan apa yang ALLAH bagi)

Kita kalau ada harga diri.. insyaallah kita akan okey.. Bila ada harga diri yang bernilai..kenyakinan kita tidak mudah lemah kerana kita akan yakin dan insyaallah dapat mengatasi masalah dengan baik :)

Hilang tu satu punca kepada kegagalan.. Yakin pulak satu punca kepada kejayaan.. sentiasa beringat Allah jadikan manusia semua nya sama dan tidak ada yang kurang dan lebih...kita hanya manusia biasa... tak payah nak menbanding bandingkan kehebatan yang tak sepatutnya.. kerana kita masih di dunia sementara.. dan kenapa kita mesti terlalu merendah diri.. kita perlu bersemangat balik.. lawan! lawan perasaan takut dan kalah itu.. kita pon boleh lakukan nya.. come on lah.. just think positif..

Kepada orang sekeliling :
don't judge then laugh.. tapi takde satu pun korang bagi semangat ke .. ape ke.. haa elok sangat lah tu.. tahu nak gelakkan orang je..  kita tak mampu tolong yang besar or banyak pon .. tolong jangan ketawakan atau mengutuk pon dah kire ok.. :)

 think positif semua :D

# last.... Selagi kita gagal.. kita mesti berusaha untuk cemerlang.. then, bila dah cemerlang.. kita berusaha untuk mengekalkan :) gudluk ye..

Sunday 27 November 2011

warna baju mengikut harian anda.. :)



Kita hanya tahu beli and bedal je pakai baju tu yang kita belikan..? kita sendiri tak tahu baju warna apa yang sesuai di pakai mengkut harian kita..Warna baju ni memainkan peranan yang penting kepada si pemakai..makcik nak kongsi dengan korang ni..selamat mencuba ok... ;)

untuk hari ISNIN pakailah warna PUTIH..ia bermaksud KESUCIAN ROHANI..biasalah.. ISNIN kan permulaan harian kita..kasi suci sikit lah .. hahaa.. :D

untuk hari SELASA pakailah warna PINK ataupun PURPLE..warna ni bermaksud KASIH SAYANG ataupun TUMPUAN..well, kita kalau tengok warna merah jambu and purple pon mesti rase lembut je jiwa tu kan.. macam dalam hati ade playground la..

untuk hari RABU sesuai dengan warna BIRU... maksudnya PERHUBUNGAN atau KOMUNIKASI.. bagi warna biru ni.. sesuai kita pakai kalau ade meeting..  kite akan more confident untuk berkomunikasi dengan orang ramai.. :)



untuk hari KHAMIS sesuai dengan warna KUNING or OREN dan maksudnye bagi PEMIKIRAN dan TENAGA.. yelah .. dah 3 hari bekerja or pergi kelas.. mesti ase tired2 ke kan.. so, bagi naikkan semangat anda semula.. yeyhhhhh tenaga kasi up.. pemikiran kasi berfungsi...okeyh anak anak?

untuk JUMAAT warna yang sesuai adalah HIJAU...and maksudnye adalah KESEIMBANGAN..balance balik ape yang kurang untuk melalui hari yang seterusnya.. lagi pun hijau ni salah satu warna yang tenang yang baik untuk mata kita .. :) agak2 mata ni da ngantuk ke kan.. penat ke.. nak tengok pokok.. pokok pulak takde.. so, bole lah tengok baju sendiri.. :) insyaallah berkesan..kihkihhh.. baju kawan pon bolee..

untuk  SABTU warna yang sesuai ialah MERAH or MERAH HATI dan maksudnya KEBERANIAN, TUAH, dan KEMEWAHAN..kita pon sedia maklum yang warna merah selain daripada nampak seksi.. ia juga nampak berani.. :)...bagi orang cine.. merah tu kemewahan ek? er.. -.-' lupe..


and untuk hari rehat kita iaitu AHAD yang sesuai adalah HITAM dan bermaksud ISTIREHAT... haa sesuai sangat la dengan kita nak berehat kan.. ari ahad.. rehat.. huhu..ahad rehat,,.rehat ahad...

selamat2 lah cuba ye.. makcik bagi tahu anak anak ni suruh cube.. :)

hanya untuk kau tahu...


Mungkin aku tak punya rupa.. tapi aku punya hati yang mampu ku beri padamu.. mungkin juga ku tidak punya masa untukmu tapi ku punya kesetiaan sepenuhnya untukmu.. mungkin ku tak punya kata manis untukmu tapi ku berjanji menjadi tman hidupmu.. mungkin fizikal ku tidak seindah mereka tapi sifatku kan ku jage semanis madu.. mungkin aku tidak sehebat mereka tapi kan ku jage imanku seteguh kubu..mungkin ku lemah disisi manusia.. tapi ku buat yang terbaik untuk tidak lemah disisi yang esa..

Mungkin mereka punya rupa tapi mampukah dia membahagiakanmu?
Jika dengan rupa kau berasa sudah puas untuk mengatakan kau bahagia selalu..
Ku rela melepaskan mu kerana diriku hina dari pandanganmu..

Mungkin mereka punya masa sepenuhnya untukmu..
Dan dengan sentiase bersamamu kau katakan dia setia untukmu
Ku rela juga melepaskanmu kerana tidak mahu ada yang menghalangku bersujud kepada nya yang satu

Mungkin dia pandai bermain kata kepadamu..
Dan dengan ungkapan itu sudah cukup untuk membuat kan kau tidak menyayangiku..
Aku rela melepaskan mu kerana tidak mahu bazirkan waktu untuk orang yang mudah melupakan ku..

Mungkin fizikalnya cantik secantik bidadari..
Dan dengan tubuhnya kau sanggup melupakan diriku..
Aku sanggup melepaskan mu untuk kamu menikmati kebahagiaan duniawi itu..

Mungkin dia hebat di mata manusia
Dan dengan kehebatan itu melumpuhkan cintamu untukku
Ku rela melepaskanmu, sesungguhnya kehebatan di mata manusia tidaklah kekal selalu
Kelemahan yang kau lihat dari diriku sedikit pun tidak mencacatkan pandangan nya kepadaku..
selagi aku melakukan yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang..

Mungkin kau bukan jodohku jadi tidaklah aku perlu bersedih hanya keranamu..
Semoga jodoh hingga akhir hayatku menerima seadanya aku..
Tanpa perlu menyoalkan kenapakah aku begini dan begitu..

Asalkan ada rasa cinta dan percaya itu..
Sesebuah hubungan akan terbina melalui rasa sayang yang kukuh
Tidak perlu malu dengan kekuranganku.. kerana aku bukan untukmu..

Selamat tinggal cinta monyetku..
&
Selamat datang ADAM cinta dunia akhiratku

ajal maut di tangan yang Esa..


Assalamualaikum…
Setiap yang hidup pasti akan kembali kepadanya.. innalillah.. semoga roh di cucuri rahmat ke atasnya.. amin..

Pada yang masih hidup.. teruskan lah kehidupan kearah yang di redhai dan di berkati olehnya.. semoge hidup dan mati kite sentiase di kalangan yang beriman .. amin…
Dalam dunia ini tiada yang kekal.. begitu juga cinta.. tapi cinta yang kekal adalah cinta kepadaNya.. janganlah kita lupe.. dy yang menjadikan kita.. dan dialah yang sepatutnye kite lebih menyintai..

Jangan lah kite lupa bahawa kite sudah berjanji kepadanya sebelum di lahirkan kedunia.. kenapa kite mesti memungkirinye? Mninggalkan segala suruhan dan mengabaikannya? Melakukan segala larangannya tanpa rasa kesal dan bersalah? Astagfirullah.. cepat cepat lah kite berishgtifar ..

Umor kita makin meningkat.. sedarlah semua..

#semoga arwah di tempat kan dikalangan yang beriman.. AL FATIHAH..

Thursday 24 November 2011

perihal perasaan .. :)

'' KENAPE LELAKI SUKE PERMAINKAN PERASAAN PEREMPUAN? ''

 ade orang tanye pasal ni.. hmm..ok.. makcik explain ye..
mule skali salah silap .. makcik mohon maaf..

untuk si gadis cantik manis.. comel2 cute.. cantik gebuuuu... and semua la yang rase2 terlibat dalam hal ni..
sile sile la amek perhatian ok.. kalau xnak.. sokey.. i dont mind :)

okey.. first .. ape yg ak bole ckap.. jangan la frust sangat smpai nak mkan pon x lalu.. nak gantung2 
diri bagai.. nak nyorok dalam hutan .. tak payah.. tak payah.. okeyh.. sebelum makcik jawab..
makcik nak tanye.. agak2 korang laki tu kesah ke keadaan korang? sedangkan dy tolak korang macam tu je.. 
tak pon pkir prasaan korang.. ni kan bile korang wat keje gile tu.. ape jadahnye dy nak kesah pulak kan?
so, drpade korang terus layan prasaan yang x best tu..korang berzikir kan bagus..opss..okeyh2 ape kate korang pergi tengok diri kat cermin bilik tu haa.. 

tengok2.. haaa... cantik jugak korang kan? kan? yang mane mate dah lebam pasai nangis siang mlam pagi petang smpai lupe semayang.. lupe mkan semua.. no hal la dear.. chill okeyh.. now.. kite mule jage balek muke tu.. mule seri kan balek.. come on la.. lelaki yang pergi tu belom tentu lagi pasangan seumur hidup kite.. lepas tengok diri kat cermin.. mandi.. then ajak member baik jalan2.. kalau kau bukan jenis bole jlan reramai pun sokey dear.. tetap cool.. jlan sorang pon okey.. mane tau tngah jlan tu tetibe tserempak pulak dengan mamat2 handsome kan.. tetibe la .. nampak aaron aziz.. haa.. gunekan peluang yang ade untuk cuci mate tuu.. 

biarkan yang pergi tu pergi..kalau dy jodoh kite.. 1 hari nanti dy akan sedar slah dy and datang balik jadi milik kite.. knape kite nak risau? banyak kan berdoa la.. kite kene engat.. mcam mane skalipon jangan kite lupe.. ade yang lebih mnyayangi kite.. xpyah sedih sangat la..jangan di ekot kan sangat prasaan yang x mndtang kan hasil.. bile kite tgah diuji mcm ni la..syaitan berduyun duyun mai nak hasut tw..kuatkan smangat..
andai kate dy bukan jodoh kite.. kau ikat dy kat pokok ke.. kau kurung dlam bilik xbagi keluar pn.. dy tetap bkn milik kau.. lagi pon.. kenapa nak bersame dgan orang yang xmghargai kite? x rase ke hari2 yang kite lalui tu .. x complete.. xbhgie pon.. biase je.. sedar la.. wake up dear.. !
cinta tak bole dpakse.. ok .. mkcik pham.. susah nak melupakan seseorg yg kite syg.. so, klau nak.. and betol2 nak.. that can b easy dear.. don worry.. kau ade everything la.. kau ade fmily.. kwan.. so? 

engat 1 prkare.. kadang2 kite mudah terlupa.. bile kite khilgan seseorg tu..kite lupe yang ALLAH lebih mnyayangi dri kite berbnding org tu.. ALLAH selmat kan kite dri genggaman orang yg salah.. so.. alhamdulilah..semua yg berlaku ade hikmahnye trsndri syg..klau dy pergi.. bmakne dy bkn untuk kau.. pkir positif lah.. malu lah buat bnde2 yang stupid tu syg2 oi.. malu sgt bile laki tu rase bangge.. and said '' waw.. saham aku tinggi betol sampai minah tu buat bnde gile tu '' ... please dear.. xrase sedih ke bile sorang laki hanye mempersendakan kite? lupekan je la mamat tu okeyh.. 

dan.. xpyah la nak maki hamun pulak.. biarla dy.. kite marah dy pon.. kite jugak yang pernah syang dy kan? kite cool je.. lame2 dy tengok pon rase saket hati kan.. ag pon nak maki hamun buat ape.. dulu .. dy jugak yang di timang timang.. berat mcam mane pon nak di timang timang.. muke penuh jerawat pon cakap muke dy clean n clear.. x pon.. jrawat tu sumber inspirasi la.. kentut busuk tu menyebabkan makin sayang la.. muke berminyak tu .. mjimatkan kos beli minyak msak la.. aishh.. mcam2 la bile time syang tu.. tapi time bnci.. kau kntut buat aku masuk icu .. sesak nafas,.. kua kan surat saman.. bla.. bla.. bla..

 okeyh dear.. just go on with the flow :)and make happy ending ..

Sunday 12 June 2011

hasad dengki


assalamualaikum .. okeyh .. mrajinkan diri buat entri pasal HASAD DENGKI ni .. memandangkan malas tu tak baik untuk kesihatan .. lagi pun ..dekat rumah senang nak buat entri bebanyak .. just depend on me la .. kalau rajin .. rajin la .. but kalau tak .. means tak la ..

berbalik kepade tajuk tadi .. hasad dengki ni tak boleh lari dari manusia biase .. kite kene pandai kawal diri kite dari perkare perkare yang macam ni ..

menurut Imam Al-Ghazali .. dengki ada 3 jenis ..

pertame : menginginkan agar kenikmatan orang itu hilang dan digantikan kepadanya ..


kedua : menginginkan agar kenikmatan orang lain hilang .. sekalipun tidak dapat menggantikannya , baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal kan orang itu jatuh, ia akan gembira.. ini lebih jahat dari yang pertame..


ketige : tidak ingin kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripade kenikmatan yang dimilikinya ..


dari pelbagai sudut kite boleh tengox tentang hasad ni .. iaitu .. kalau student .. si A akan dengki dengan si B .. dimane si B lebih memiliki kepandaian dan lebih menerime pujian dari orang ramai .. dan dari sini .. si A cube menjatuh kan dengan pelbagai care.. atau pun tidak menjatuh kan .. tetapi sekadar dengki dengan kelebihan yang kawannya ada .. sama jugak dengan yang bekerja .. contohnye .. naik pangkat .. lebih di sukai oleh kawan sepejabat dan bos .. or macam macam lah ..

tak kire lagi dari sudut kekeluargaan .. dan sebagainye .. bagi mereka yang memiliki sifat hasad dengki .. perlulah di engat .. bahawa mereka juga telah menentang ALLAH s.w.t dengan 5 prkare :


1) dy telah membenci nikmat yang telah dibagi oleh ALLAH s.w.t kepade orang lain ..
2) dy bakhil terhadap kurniaan ALLAH s.w.t ..
3) dy telah membantu iblis laknatullah ..
4) dy menghine kekuasaan ALLAH s.w.t sebab dy ingin mencabut nikmat yang telah diberikan kepadenye
5) dy tidak suke pembahagian ALLAH s.w.t kpadenye seolah olah berkate '' mengapa engkau memberiku benda seperti ini ? ''


dari sini ... paham lah .. bahawe .. setiap yang diberikan .. adalah nikmat .. dan kite patot bersyukur .. kita adalah sebaik baik ciptaan darinya .. lagi pon .. kalau yang kurg pndai pndai lah korang topup sndri .. =)


kenape mesti kite memusnahkan kehidupan orang lain ? knape kite susah nak trime kbahagiaan dorang? hentikanlah sifat tu .. jangan jadi mcam arnab yg jles ngn kure2 .. err ? masuk ke -.-' ..

Friday 27 May 2011

ape cerita nur kaseh ..

hmm .. korang mesti dah tengox .. ok .. memang lambat aku buat entri pasal ni .. memandangkan masalah yang tak di undang datang ak selalu tunde .. ok now .. aku free .. so, aku nak cakap lah pasal aku tengox wayang ari tu .. hurmm .. kluar dengan bff aku then dy sebenarnye nak kluar ngan mber skolah mnengah dy .. aku kire join sebadan la ..

teros kepade jalan lurus lah ye .. ok .. bgi aku .. crite nur kaseh ni seriously amat membosankan .. maaf kepade peminat crite ni .. actually aku pminat crite drama bersiri dy gak .. mmg best and sedih .. but .. bile aku tngok movie ni kat wayang .. aku tak dapat bezakan bape kali aku menguap and gelak ..memang banyak kali doe .. betul .. xtipu ..

aku ni pantang nampak bende yang funny la.. ok .. korang nak maki aku pon tak gune .. sebab .. korang bayangkan la .. salah aku ke kalau aku tak dapat hayati watak tu? salah aku ke kalau aku rase lawak tengok crite tu ? kat sini . boleh nampak yang crite ni takde la sampai tangkap leleh tahap babeng yang sampai leh tarek smue orang sedih kan .. untuk tahap hati kental aku .. sorry to say .. aku mengantok ..




but.. tak semua yang bosan .. coz .. yang best nye .. aku suke kan permndangan dalam movie ni .. cantek2 .. then, lagu2 dy kire kene lah dengan part yang dy cube nak sedih kan tu .. pastu paling aku minat lah .. baby2 .. or bebudak kecik yang berlakon tersangatlah cumel2 .. memandangkan aku suke yang cumel2 .. so, aku kire bagi 2 stengah bintang kpade movie ni ..




KORANG BOLEH TENGOK :
1) kalau korang penyokong kuat movie tempatan kite ..
2) kalau korang minat baby / bebudak kicik yang cumel2..
3) kalau korang minat Tiz zaqyah yang sangat cun dalam tu or remy ishak yang agak macho or romantik dalam tu..
4) kalau tiket wayang lain semua da penuh ...
5) kalau korang nak mnilai movie ni sendiri ..
6) kalau nak mengisi mase lapang

KORANG JANGAN TENGOK :
1) kalau korang jenis cepat bosan yang ngantox
2) kalau korang tak layan crite2 melayu ni..
3) kalau korang nyampah tunggu lelame dalam tu sambil tertunggu2 bile nak abes

siyes .. crite belom abes .. aku dah bangun engat da abes .. adakah aku mamai ?? mungkin .. sebab rase mengantox sangat2 .. plus .. aku tersangat tak tahan nak pergi tandas .. err.. mungkin ke sebab aku terlalu sejuk sampai otak and prasaan aku beku ? whatever ...

p/s : majulah sukan untuk negare ! erk ?