Saturday 28 January 2012

AZAB WANITA YANG MENDEDAHKAN AURAT.. selamatberamal



Untuk renungan bersama..

Ali r.a meriwayatkan "saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah S.A.W dan kami temui baginda yang sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Israkkan ke langit, aku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan..maka bila teringatkan mereka aku menangis." Saya bertanya lagi, " wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?"

Beliau bersabda :-
1. Wanita yang di gantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan cairan yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum (buah yang berduri) dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun ubun kepalanya serta dibelit di bawah kekuasaan ular dan kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya kelihatan api yang menyala nyala dengan marak.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam api neraka. sedang darahnya mengalir dari rongga hidung, telinga dan mulut serta badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat pelbagai jenis seksaan.

10. Wanita yang berbentuk seperti anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya.

  Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, " Wahai ayahku, ceritalah kepadaku apakah amal perbuatan wanita wanita itu. "Rasulullah S.A.W bersabda, " Wahai Fatimah, ada pun tentang :-

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di tutup) di hadapan lelaki ajnabi.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata kata yang kesat dan kasar.

3. Kemudian Nabi S.A.W bersabda : " Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata katanya kecuali Allah akan membuat mulutnya kelak di hari kiamat, selebar 70 hasta kemudian akan mengikatnya di belakang leher.

4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh dan nifas.

6.Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) di kalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana perhiasannya.

8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa, tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu domba (batu api) serta berbohong.

10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah marah kepada suami nya.

11. Adapun wanita yang seperti rupa anjing dan api masuk kedalam mulutnya dan keluar daripada duburnya, maka bahawa sesungguhnya ia adalah suka mengungkit ungkit pemberiannya di kalangan dan suka dengki mendengki

   Sesungguhnya Rasulullah S.A.W pernah bersabda :" Bahawasanya, perempuan yang sengaja mendedahkan auratnya di khalayak ramai tanpa segan silu, tak kira samaada dia anak dara, janda atau isteri orang, tua atau muda, dia akan dilaknati oleh ALLAH S.W.T, malaikat malaikat dan segala makhluk di muka bumi ini sehinggalah perempuan itu diturunkan bala oleh ALLAH S.W.T

P/s yang ditaja oleh makcik : Sekiranya anda menyayangi ayah atau pun suami anda.. renung renungkan lah .. teguran yang baik bermakna sayang..saling tegur menegur antara 1 sama lain digalakkan..memandangkan kita manusia biasa yang sring lupa dan melakukan kesilapan..makcik sayang korang.. korang pulak? berpesanlh kepada yang tersayang :)

No comments:

Post a Comment