salam maulidur rasul
Sebelum
kewafatan Baginda. Berikut adalah petikan khutbah haji wida’ Baginda
Rasulullah S.A.W yang menjadi pedoman hidup seluruh umat Islam
akhir zaman.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak
mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas
tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan
sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada
hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan
kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim
sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu
kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar
orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu
akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala
amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang
melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap
syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah
supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai
manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga
mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka
keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam
suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan
berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah
lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah
mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke
dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina
.
Wahai manusia,
dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah,
dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan,
dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah
Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah
saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang
pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal
solah.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari
untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan.
Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan
kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi
atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku
yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada
kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti
kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah
Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar
ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir
lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada
hamba-hamba-Mu.
Banyak sungguh panduan yang ada dalam Khutbah Haji
Wida’ yang semestinya menjadi panduan dan pedoman untuk seluruh umat
Islam akhir zaman. Setelah mendengar khutbah haji wida’ hampir semua
Para Sahabat telah bertebaran keseluruh pelusok dunia untuk
menyampaikan pesanan. Daripada 124ribu hanya sekitar 10ribu Para Sahabat
yang kuburnya berada di Mekah dan Madinah selainnya berada bertebaran
diseluruh dunia. Atas usaha dan pengorbanan para sahabat lah kita di
Nusantara mendapat nikmat yang MAHA besar iaitu nikmat IMAN kepada ALLAH
S.W.T.
Marilah kita berazam untuk taat perintah Allah dengan cara
yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk kejayaan di dunia
dan akhirat.
#untukberkongsi#
No comments:
Post a Comment