Wednesday 30 November 2011

perihal Hilang Keyakinan Diri

Yakin satu perkataan yang kuat berbanding hilang.. perkataan hilang membuatkan kita tak senang duduk.. contohnye..'duit aku hilang lah..' ade ke yang bile hilang something tapi rase seronok and rase bahagia 24 jam..


Tapi yakin boleh lemah seperti hilang bile kita gabungkan menjadi hilang yakin atau lebih tepat lagi.. HILANG KEYAKINAN DIRI..



Apakah punca Hilang Kenyakinan Diri?

1) Bila kita merasakan apa yang kita lakukan serba serbi kurang.. semua nya tidak kena ..
2) Terlalu memikirkan pandangan orang lain dan kritikannya
3) Ingin melakukan sesuatu yang dilakukan orang lain tanpa menjadi diri sendiri..
4) Keadaan sekeliling yang hanya menjatuhkan anda dan anda tidak melawannya malah mengiyakan

Punca2 tersebut akan membuat kan kita semakin down.. and akhirnya..?? kenapa kita mesti mengalah dengan begitu cepat? biarkan lah apa yang orang lain nak cakap.. mulut orang kita tak boleh tutup.. pandangan orang yang baik kita ambil untuk perbaiki diri.. pandangan yang teruk2 dan berbisa kita biar je.. buang jauh2.. buat tak tahu je.. ingat lah bahawa setiap orang ada pandangan yang berbeza.. kita tidak boleh mengubah pendirian orang tapi kita boleh mengubah pendirian kita.. dari yang lemah.. kita simen balek bagi kuat dan tabah hati ni.. asah balik kenyakinan yang mula pudar..

DEngar nasihat yang berguna.. dengarlah dari yang berpengalaman.. contohnye..:
1) ibu bapa kita..(orang tua akan memahami diri kita :) macam makcik )
2) ahli keluarga .. (pilih lah yang mane yang anda rase akan memahami)
3) pakar psikologi..(anda akan dapat banyak pandangan yang berguna insyaallah)

anda juga boleh merujuk guru agama .. kalau anda masih bersekolah.. sudah pasti perkhidmatan guru kaunselor disediakan .. :)

Perbaiki diri dengan :
1) fokus kan dengan apa yang dilakukan
2) bina jati diri
3) tunjukkan kehebatan atau keistimewaan diri
4) berhenti dari berputus asa
5) be yourself!! jangan tiru orang lain
6) yakin dengan apa kau buat..
7) stop lah dari kutuk diri sendiri.. (bersyukur dengan apa yang ALLAH bagi)

Kita kalau ada harga diri.. insyaallah kita akan okey.. Bila ada harga diri yang bernilai..kenyakinan kita tidak mudah lemah kerana kita akan yakin dan insyaallah dapat mengatasi masalah dengan baik :)

Hilang tu satu punca kepada kegagalan.. Yakin pulak satu punca kepada kejayaan.. sentiasa beringat Allah jadikan manusia semua nya sama dan tidak ada yang kurang dan lebih...kita hanya manusia biasa... tak payah nak menbanding bandingkan kehebatan yang tak sepatutnya.. kerana kita masih di dunia sementara.. dan kenapa kita mesti terlalu merendah diri.. kita perlu bersemangat balik.. lawan! lawan perasaan takut dan kalah itu.. kita pon boleh lakukan nya.. come on lah.. just think positif..

Kepada orang sekeliling :
don't judge then laugh.. tapi takde satu pun korang bagi semangat ke .. ape ke.. haa elok sangat lah tu.. tahu nak gelakkan orang je..  kita tak mampu tolong yang besar or banyak pon .. tolong jangan ketawakan atau mengutuk pon dah kire ok.. :)

 think positif semua :D

# last.... Selagi kita gagal.. kita mesti berusaha untuk cemerlang.. then, bila dah cemerlang.. kita berusaha untuk mengekalkan :) gudluk ye..

No comments:

Post a Comment