Mungkin aku tak punya rupa.. tapi aku punya hati yang mampu
ku beri padamu.. mungkin juga ku tidak punya masa untukmu tapi ku punya
kesetiaan sepenuhnya untukmu.. mungkin ku tak punya kata manis untukmu tapi ku
berjanji menjadi tman hidupmu.. mungkin fizikal ku tidak seindah mereka tapi
sifatku kan ku jage semanis madu.. mungkin aku tidak sehebat mereka tapi kan ku
jage imanku seteguh kubu..mungkin ku lemah disisi manusia.. tapi ku buat yang
terbaik untuk tidak lemah disisi yang esa..
Mungkin mereka punya
rupa tapi mampukah dia membahagiakanmu?
Jika dengan rupa kau
berasa sudah puas untuk mengatakan kau bahagia selalu..
Ku rela melepaskan mu
kerana diriku hina dari pandanganmu..
Mungkin mereka punya
masa sepenuhnya untukmu..
Dan dengan sentiase
bersamamu kau katakan dia setia untukmu
Ku rela juga
melepaskanmu kerana tidak mahu ada yang menghalangku bersujud kepada nya yang
satu
Mungkin dia pandai
bermain kata kepadamu..
Dan dengan ungkapan
itu sudah cukup untuk membuat kan kau tidak menyayangiku..
Aku rela melepaskan
mu kerana tidak mahu bazirkan waktu untuk orang yang mudah melupakan ku..
Mungkin fizikalnya
cantik secantik bidadari..
Dan dengan tubuhnya
kau sanggup melupakan diriku..
Aku sanggup
melepaskan mu untuk kamu menikmati kebahagiaan duniawi itu..
Mungkin dia hebat di
mata manusia
Dan dengan kehebatan
itu melumpuhkan cintamu untukku
Ku rela melepaskanmu,
sesungguhnya kehebatan di mata manusia tidaklah kekal selalu
Kelemahan yang kau
lihat dari diriku sedikit pun tidak mencacatkan pandangan nya kepadaku..
selagi aku melakukan
yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang..
Mungkin kau bukan
jodohku jadi tidaklah aku perlu bersedih hanya keranamu..
Semoga jodoh hingga
akhir hayatku menerima seadanya aku..
Tanpa perlu
menyoalkan kenapakah aku begini dan begitu..
Asalkan ada rasa
cinta dan percaya itu..
Sesebuah hubungan
akan terbina melalui rasa sayang yang kukuh
Tidak perlu malu
dengan kekuranganku.. kerana aku bukan untukmu..
Selamat tinggal cinta
monyetku..
&
Selamat datang ADAM cinta dunia akhiratku
No comments:
Post a Comment