Sunday, 5 February 2012

SALAM MAULIDUR RASUL

detik detik pemergiannya ..

sayangnya Nabi Muhammad SAW kepada kite..



Lagu : Ya Rasulullah

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Saturday, 4 February 2012

sempena maulidur rasul - Nabi anak yatim


Nabi Anak Yatim

Muhammad Muhammad Muhammad Mustafa
Ibunya bernama Aminah
Ayahnya bernama Abdullah
Dilahirkan di Makkah Mukarramah
Ibu susunya Halimatus Sa'adiah

Ayahnya meninggal dunia
Tika nabi di dalam kandungan
Alangkah sedih pilunya
Ibunya menjaga baginda
Muhammad Mustafa

Semasa di dalam perjalanan
Pulang dari maqam suaminya
Aminah jatuh sakit di Abwa'
Kembali ke alam baqa'

Tinggallah nabi seorang diri
Hilanglah insan yang dikasihi
Tinggallah nabi seorang diri
Mengajarnya hidup berdikari

Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa

Terpadam api biara Majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekah diterangi cahya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim

Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa
Shallahu 'alaa Muhammad
Shallahu 'alaihi Wassalam

Hidupnya yatim, yatim piatu
Tiada ayah tiada ibu
Namun dialah manusia agung

salam maulidur rasul

Sebelum kewafatan Baginda. Berikut adalah petikan khutbah haji wida’ Baginda Rasulullah S.A.W yang menjadi pedoman hidup seluruh umat Islam
akhir zaman.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina
.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.
Banyak sungguh panduan yang ada dalam Khutbah Haji Wida’ yang semestinya menjadi panduan dan pedoman untuk seluruh umat Islam akhir zaman. Setelah mendengar khutbah haji wida’ hampir semua Para Sahabat telah bertebaran keseluruh pelusok dunia untuk menyampaikan pesanan. Daripada 124ribu hanya sekitar 10ribu Para Sahabat yang kuburnya berada di Mekah dan Madinah selainnya berada bertebaran diseluruh dunia. Atas usaha dan pengorbanan para sahabat lah kita di Nusantara mendapat nikmat yang MAHA besar iaitu nikmat IMAN kepada ALLAH S.W.T.
Marilah kita berazam untuk taat perintah Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk kejayaan di dunia dan akhirat.
#untukberkongsi#

awak..pesanan untuk awak..



ada pesanan untuk awak..dan benda ni bukan untuk melawak..
tak kuasa saya nak melawak dengan awak .. :)
awak bace taw..

Awak..
Jangan sayang saya melebihi sayangnya awak kepada ALLAH SWT
Jangan cinta saya melebihi cintanya awak kepada ALLAH SWT
Jangan ingat saya melebihi awak mengingati ALLAH SWT..
 Kerana saya tak nak jadi penghalang antara sayang dan cinta seorang hamba kepada Tuhannya

 ada lagii.. bukan ni je.. :)



Tolong ingati Ibu Bapa awak lebih dari diri saya..
Tolong mendoakan mereka lebih dari mendoakan saya..
Tolong utamakan mereka lebih dari saya..
Kerana jaminan syurga pada anak yag soleh ..
dan saya tak nak jadi penghalang kasih sayang antara anak dan kedua ibu bapanya..

eh.. ada lagi pesanan.. baca lagi ye kalau awak ikhlas dengan saya.. :)

Saya jatuh hati dengan awak kerana Akhlak awak..
Saya terpikat kerana agama dan keimanan awak..
Saya lebih cintakan apa adanya awak..
Kerana saya tidak mahu harta dunia yang akan hilang bila2 masa.
paras rupa yang bole menyesatkan saya..kasih saya kepada ketaqwaan awak :)

Saya hak milik kekal oleh ALLAH SWT..
Saya masih milik keluarga saya..
& awak pulak
Janganlah lupa tanggungjawab awak kat family awak..
JAngan terlalu agungkan cinta manusia..
Jangan terlalu khayalkannya..

awak.. setakat ni boleh terima tak? sebab saya nak teruskan untuk pesanan seterusnye..
awak bace lagi ye...?
Tolong jangan kata ungkapan cinta selagi cita cita belum terlaksana
Tolong utamakan cita cita dan kerjaya awak..
Tolong menyokong cita cita saya jugak..
Kerana saya tak nak jadi punca kegagalan awak..
saya nak kita sama sama berjaya dunia dan akhirat


Awak..
JAngan sekali kali cemari jalinan yang suci
Jangan sekali kali menyalah gunakan cinta..
Jika cinta awak kuat kepada ALLAH SWT..cinta kita pasti terpelihara & terjaga
Kerana cinta kerana ALLAH SWT tidak ternilai harganya..

Awak.. 
Saya menginginkan Cinta yang suci lagi terjaga
Saya inginkan cinta yang ada batasnya..
Supaya cinta kita tidak hanya cinta dunia semata mata..
yang lagi penting bila cinta kita dirahmatiNya dan diberkatiNya..

Awak..
Tolong berdoa yang terbaik untuk kite ye..
Tolong bertawakal kepada apa yang bakal terjadi antara kite ye...
Kerana semuanya kita merancang..ALLAH SWT yang tentukan..
Sesungguhnya yang buruk datang dari kite.. 
Yang baik semua dariNYa



Awak..
Ini je pesanan saya kat awak.. banyak tak? 
Tak banyak kan ..and senang punya kalau awak IKHLAS..






Thursday, 2 February 2012

kenapa wanita sering menangis?

 
 
Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?

JawabNYA: Kerana wanita itu unik.
AKU ciptakan ia sebagai makhluk istimewa,
AKU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah,
AKU beri dia naluri utk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun,
AKU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang-orang yang ia sayangi

Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
 #untuksemuayangbergelarwanita#

Tuesday, 31 January 2012

keinginan hati


Dalam aku mencari redhaMU tuhan..
Jiwaku perlu kpada MUTIARA INSAN..
Kalbuku perlu ada PERMATA IMAN...
agar diriku INDAH dengan 
nikmat ISLAM..
ttapi bagaimana harus aku mrasai semua itu
tanpa bimbingan seeorang TEMAN..
yang mampu mnjadi MURSYID pd driku..
mnuju kesisiMU..
hadirkanlah ia dalam HIDUPku..
amin ya rabbal alamin..

Monday, 30 January 2012

bertutup itu Cantik :) (indahNya Islam)

  assalamualaikum..

sape cakap SOPAN itu tak cantik?
sape cakap PAKAI TUDUNG itu tak cantik?
sape cakap yang TERTUTUP itu tak cantik?

comelnye kalau kita menutup aurat .. kan kan?

Islam dah mensyariatkan hukum hukum berpakaian bermakna Islam memuliakan manusia dan menjaga daripada keburukan.. betul?

Pakaian ni nikmat yang di bagi daripada Allah SWT .. untuk menutup tubuh badan kita yang mana adalah aurat bagi sesiapa yang bukan mahramnya.

firman Allah SWT :
" Hai anak anak Adam. Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Pakaian takwa itulah yang lebih baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda tanda kekuasaan Allah. Mudah mudahan mereka sentiasa beringat"
                                                                                                                               (surah al-A'raf:26)

Seperti mana yang kita tahu..sebagai seorang wanita Islam kita kene menjaga aurat kita . Bagi yang anak dara atau janda, AYAHnya DIPERTANGGUNGJAWABKAN mnanggung DOSA. Sekiranya sudah berkahwin, berstatus isteri orang, SUAMInya akan MENANGGUNG DOSA. Jadi, sayang tak korang dekat orang yang dipertanggungjawabkan tu? mesti sayang kan? ringgan kan lah beban dorang :)

macam yang kita semua sedia maklum, badan perempuan ni semuanya aurat kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Makcik pon kekadang terlupa benda yang paling senang nak ingat ni.. main pakai je ikot suka hati. name pon manusia biasa, tak ditegur ..lupa..bila ditegur..melenting..subhanallah..bersyukurlah sekiranya kite dikalangan yang ditegur. Bermakna yang menegur sayang kite..alhamdulilah ..

Aurat kita untuk wanita Muslim dan Kafir:

Apa yang kita tahu..kalau sebut pasal aurat, antara laki dan prempuan. Sedangkan kita lupa, kita ada aurat sesama perempuan dan jugak dengan wanita kafir. Islam adakan aurat antara perempuan dan perempuan bagi mengelakkan beberapa kejadian yang tak diingini seperti lesbian n sebagainye ^_^ .. sedar x kite? subhanallah..indahnya Islam...kan? kan?

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
"seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain dan demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita lain. Tidak boleh dua lelaki berada dalam satu selimut. Demikian juga wanita dilarang berbuat demikian. " (Riwayat Muslin, Ahmad, Abu Daud) dan Ar-Tirmizi)

Wanita sesama wanita Muslim > wajib menutup antara pusat hingga lutut. Adab adab perlu dijaga jugak sebab nak mengelakkan dari perkara perkara maksiat seperti yang ada zaman sekarang .. :)

Firman Allah SWT :
"Janganlah para wanita Muslimah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada wanita wanita Islam yang lain.."

Wanita sesama wanita Kafir > seluruh badan kecuali anggota zahir ketika bekerja iaitu kepala, muka, leher, kedua tapak tangan hingga ke siku dan kedua kakinya.

P/s : saling meningati satu sma lain.. ingat kan diri sendiri yang dah tua jugak ni.. ^_^