Monday 13 February 2012

Special For Awak -.-'


 picture from incik google

AWAK are not the FIRST one in my heart 
but SAYA will make sure you will be the AKHIR in my heart..
lets KITE pray together about relation KITE.. 
and SAYA hope it will be GEMBIRA forever till the AKHIRNYE..
SAYA hope our relation get RESTU from people surround us.. 
and SAYA hope KITE can take care of our interaction limit..
please guide me to be wonderful MUSLIMAH..
and SAYA will guide you to be great MUSLIM..
KITE should always remember that our relation cannot more than our love to ALLAH..
KITE must CINTA because of ALLAH.. 
this CINTA come from ALLAH..
so, KITE should use this CINTA for the right way..
always remembering me about the IBADAH..
Because SAYA need someone to guide me to the way that lead to SYURGA...
INSYAALLAH..
 SEBELUM sing a songs of CINTA
SEBELUM say words of CINTA...
TOLONG say ZIKIR words for me...
:)



WORD tadika BY saya! makcik! menaip ketika HEART ni tengah dijahit..dan FEELING tengah mengile..-.-'

Saturday 11 February 2012

Penjagaan untuk kucing baru bersalin

Assalamualaikum..

kali ni buat atas permintaan kawan blogger .. iskandar shah .. sebab makcik ade wat pasal aksi kucing .. then dy nak taw pasal penjagaan untuk ibu kucing yang lepas bersalin.. makcik tak taw pulak kene jage rapi..

Tapi bile carik pasal ni.. rupenye penting jugak penjagaan kucing ni ye.. huhu..maaf lah.. makcik tak arif pasal ni.. dan makcik bukan doktor haiwan.. doktor cinta lagi lah bukan.. pape pon.. jom kite tengok pasal penjagaan kucing lepas bersalin ni.. :)

Lepas bersalin :
Ibu kucing akan mengeluarkan darah warna merah kehitaman dalam beberape hari..ibu kucing tu akan buang uri @ tali pusat baby2 kucing..pastu dy akan bersih kan anak anak dy..and..mula susukan..

Lepas seminggu bersalin (1 minggu) :
Digalakkan bawak ibu dan anak kucing ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan.. kalau ibu kucing belom dapatkan vaksin.. mase ni la sesuai tuk elakkan anak2 kucing tu dapat penyakit..
kucing makcik xde pulak yang amek vaksin .. korang ? untuk vaksin boleh  KLIK SINI

Lepas seminggu hingga ke minggu kedua..(1-2 minggu) :
Mase ni . kalau boleh jangan bagi ibu kucing tu tadi dekat dengan kucing jantan yang mate keranjang -.-' ..maksudnye..jauhkan la dari kucing jantan..supaya tak mengawan ..sebabnya..bila dy (ibu kucing) mengawan.. dy dah tak hiraukan anak2 kucing tu tadi.. kesian baby2 kucing tu..kurang kasih sayang..kalau boleh biarlah ibu kucing tu jage anak dy dengan sempurna..

Lepas tiga belas minggu (13 minggu) :
Pemandulan lepas 13 minggu..bagi mengelakkan mengandung dengan kerap..sebab berisiko dapat jangkitan rahim "pyometria"dan kanser payudara "breast cancer"
yang ni makcik tak setuju.. di atas pendapat makcik lah..pemandulan tuk kucing tu xbole... -.-' maaf ilmu makcik masih suam suam kuku.. mintak pendapat pakar lah ye pasal ni..

P/S : maaf kalau ade yang salah dan banyak yang kurang :) .. agaknye cemong makcik pergi sebab makcik tak bagi vaksin.. then dy nak carik tuan yang bole bagi dy vaksin.. kalau makcik taw.. dah lame makcik bawak.. cemonggg come back to mama!!! :'(

Aksi Kucing..

Assalamualaikum..
act..dulu makcik penah ade kucing..
tapi now da takde..
mane pegi?
tak tahu mane.. haha..
kalau taw..dah lame makcik kutip dy bawak balik..
minat sangat kucing..
ade someone yang pemurah nak kasi???
ok xpe.. makcik nak beli sendiri :D

cantiknye bulu dy... ^_^
comel comel..
kucing ni baru putus cinta kot.. ^_^
aloloooo...
comel sangat sangat..
seronoknye dy..



Kucing ni kan...selain comel.. dy binatang kesayangan Nabi Muhammad SAW.. :) dan hukum bagi yang dera kucing ni.. bole masuk neraka taw..so, jangan la cubit cubit kucing kite ni.. belai2 la dy.. kucing kan comel..manje.. :) .. hihi.. kalau bosan..kucing bole jadi peneman.. haa..borak borak la dengan kucing.. :D


kucing pon sayang anak taw... :)
comel!!!
lebat betol bulu dy.. nak yg ni.. :D
comelnye dy tido... ^_^
siap ade love ag kat badan.. korang ade??
hihiii..kat mane2 pon bole tido kan..

Tuesday 7 February 2012

aksi comel panda :)

assalamualaikum..
yang makcik taw..
panda ni mamalia..dy makan buluh..rumput..
ikan pon same kan? err -.-'
sorry..kurang tw lak..

Then, panda ni bulu teballlll..and tersangat la comeiiiiiiiii..
act..nak tunjuk gambar je..hihi
dy makan kek! :D
 alolooo comelnye dy... ^_^
 sweetnye..
 terase nak join sekali lak.. :D
 alolooo..majok dy..
 comelnye dy majok..
 sharing is caring.. :)
 comel sangat sangat
 sayangnye dy...
 aloloo... :D
tepok amai amaii.. hihi..

sampai sini je.. papai.. ^_^

DOA PENDEKAT JODOH..

Assalamualaikum
Dalam kite berdoa..kita pon kene berusaha ok.. :) selebihnya.. bertawakal lah dengan Allah SWT...


Cinta kerana Allah ni.. adalah cinta yang diredhai dan diberkati..insyaallah.. :) ..

Monday 6 February 2012

DOA PUTUS CINTA

Assalamualaikum..
bagi sesape yang sedih sedih sangat tu.. meh bace doa meh.. toksah sedih sangat ye.. jom bace.. :) moge tenang hati tu..insyaallah..
sedikit pesanan.. Allah tu MAha Adil.. dan Maha Mengetahui.. dia tahu ape yang terbaik untuk kite.. :) bersyukur lah kita apa adanya..huhu.. ~

andai awak tahu

Andai awak tahu..
Dalam hati saya ade naluri untuk disayangi..
Ada rasa untuk diberi perhatian..
Ada waktu waktu untuk minta ditemani kesedihan..

Andai awak mengerti..
Rajuk saya supaya awak memujuk..
Marah saya supaya awak mendekati..
Sedih saya minta didengari..
Gembira saya untuk dikongsi..

Andai awak tahu..
Hati ini bukan untuk dimanjai..
bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh..
tetapi..
Hanya ingin sedikit perhatian dan kasih..
agar rasa itu terasa wujud dihati..
Walaupun ketika menjauh..
 
hanya untuk awak tahu...


p/s : mood jiwang datang.. huuuuuu~ .. tapi makcik ada pesanan kepada awak awak tuuuu.. tekan sini :) .. ok.. papai awak awak.. huhu

Sunday 5 February 2012

SALAM MAULIDUR RASUL

detik detik pemergiannya ..

sayangnya Nabi Muhammad SAW kepada kite..



Lagu : Ya Rasulullah

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Saturday 4 February 2012

sempena maulidur rasul - Nabi anak yatim


Nabi Anak Yatim

Muhammad Muhammad Muhammad Mustafa
Ibunya bernama Aminah
Ayahnya bernama Abdullah
Dilahirkan di Makkah Mukarramah
Ibu susunya Halimatus Sa'adiah

Ayahnya meninggal dunia
Tika nabi di dalam kandungan
Alangkah sedih pilunya
Ibunya menjaga baginda
Muhammad Mustafa

Semasa di dalam perjalanan
Pulang dari maqam suaminya
Aminah jatuh sakit di Abwa'
Kembali ke alam baqa'

Tinggallah nabi seorang diri
Hilanglah insan yang dikasihi
Tinggallah nabi seorang diri
Mengajarnya hidup berdikari

Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa

Terpadam api biara Majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekah diterangi cahya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim

Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa
Shallahu 'alaa Muhammad
Shallahu 'alaihi Wassalam

Hidupnya yatim, yatim piatu
Tiada ayah tiada ibu
Namun dialah manusia agung

salam maulidur rasul

Sebelum kewafatan Baginda. Berikut adalah petikan khutbah haji wida’ Baginda Rasulullah S.A.W yang menjadi pedoman hidup seluruh umat Islam
akhir zaman.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina
.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.
Banyak sungguh panduan yang ada dalam Khutbah Haji Wida’ yang semestinya menjadi panduan dan pedoman untuk seluruh umat Islam akhir zaman. Setelah mendengar khutbah haji wida’ hampir semua Para Sahabat telah bertebaran keseluruh pelusok dunia untuk menyampaikan pesanan. Daripada 124ribu hanya sekitar 10ribu Para Sahabat yang kuburnya berada di Mekah dan Madinah selainnya berada bertebaran diseluruh dunia. Atas usaha dan pengorbanan para sahabat lah kita di Nusantara mendapat nikmat yang MAHA besar iaitu nikmat IMAN kepada ALLAH S.W.T.
Marilah kita berazam untuk taat perintah Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk kejayaan di dunia dan akhirat.
#untukberkongsi#

awak..pesanan untuk awak..



ada pesanan untuk awak..dan benda ni bukan untuk melawak..
tak kuasa saya nak melawak dengan awak .. :)
awak bace taw..

Awak..
Jangan sayang saya melebihi sayangnya awak kepada ALLAH SWT
Jangan cinta saya melebihi cintanya awak kepada ALLAH SWT
Jangan ingat saya melebihi awak mengingati ALLAH SWT..
 Kerana saya tak nak jadi penghalang antara sayang dan cinta seorang hamba kepada Tuhannya

 ada lagii.. bukan ni je.. :)



Tolong ingati Ibu Bapa awak lebih dari diri saya..
Tolong mendoakan mereka lebih dari mendoakan saya..
Tolong utamakan mereka lebih dari saya..
Kerana jaminan syurga pada anak yag soleh ..
dan saya tak nak jadi penghalang kasih sayang antara anak dan kedua ibu bapanya..

eh.. ada lagi pesanan.. baca lagi ye kalau awak ikhlas dengan saya.. :)

Saya jatuh hati dengan awak kerana Akhlak awak..
Saya terpikat kerana agama dan keimanan awak..
Saya lebih cintakan apa adanya awak..
Kerana saya tidak mahu harta dunia yang akan hilang bila2 masa.
paras rupa yang bole menyesatkan saya..kasih saya kepada ketaqwaan awak :)

Saya hak milik kekal oleh ALLAH SWT..
Saya masih milik keluarga saya..
& awak pulak
Janganlah lupa tanggungjawab awak kat family awak..
JAngan terlalu agungkan cinta manusia..
Jangan terlalu khayalkannya..

awak.. setakat ni boleh terima tak? sebab saya nak teruskan untuk pesanan seterusnye..
awak bace lagi ye...?
Tolong jangan kata ungkapan cinta selagi cita cita belum terlaksana
Tolong utamakan cita cita dan kerjaya awak..
Tolong menyokong cita cita saya jugak..
Kerana saya tak nak jadi punca kegagalan awak..
saya nak kita sama sama berjaya dunia dan akhirat


Awak..
JAngan sekali kali cemari jalinan yang suci
Jangan sekali kali menyalah gunakan cinta..
Jika cinta awak kuat kepada ALLAH SWT..cinta kita pasti terpelihara & terjaga
Kerana cinta kerana ALLAH SWT tidak ternilai harganya..

Awak.. 
Saya menginginkan Cinta yang suci lagi terjaga
Saya inginkan cinta yang ada batasnya..
Supaya cinta kita tidak hanya cinta dunia semata mata..
yang lagi penting bila cinta kita dirahmatiNya dan diberkatiNya..

Awak..
Tolong berdoa yang terbaik untuk kite ye..
Tolong bertawakal kepada apa yang bakal terjadi antara kite ye...
Kerana semuanya kita merancang..ALLAH SWT yang tentukan..
Sesungguhnya yang buruk datang dari kite.. 
Yang baik semua dariNYa



Awak..
Ini je pesanan saya kat awak.. banyak tak? 
Tak banyak kan ..and senang punya kalau awak IKHLAS..






Thursday 2 February 2012

kenapa wanita sering menangis?

 
 
Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?

JawabNYA: Kerana wanita itu unik.
AKU ciptakan ia sebagai makhluk istimewa,
AKU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah,
AKU beri dia naluri utk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun,
AKU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang-orang yang ia sayangi

Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
 #untuksemuayangbergelarwanita#