Tuesday 31 January 2012

keinginan hati


Dalam aku mencari redhaMU tuhan..
Jiwaku perlu kpada MUTIARA INSAN..
Kalbuku perlu ada PERMATA IMAN...
agar diriku INDAH dengan 
nikmat ISLAM..
ttapi bagaimana harus aku mrasai semua itu
tanpa bimbingan seeorang TEMAN..
yang mampu mnjadi MURSYID pd driku..
mnuju kesisiMU..
hadirkanlah ia dalam HIDUPku..
amin ya rabbal alamin..

Monday 30 January 2012

bertutup itu Cantik :) (indahNya Islam)

  assalamualaikum..

sape cakap SOPAN itu tak cantik?
sape cakap PAKAI TUDUNG itu tak cantik?
sape cakap yang TERTUTUP itu tak cantik?

comelnye kalau kita menutup aurat .. kan kan?

Islam dah mensyariatkan hukum hukum berpakaian bermakna Islam memuliakan manusia dan menjaga daripada keburukan.. betul?

Pakaian ni nikmat yang di bagi daripada Allah SWT .. untuk menutup tubuh badan kita yang mana adalah aurat bagi sesiapa yang bukan mahramnya.

firman Allah SWT :
" Hai anak anak Adam. Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Pakaian takwa itulah yang lebih baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda tanda kekuasaan Allah. Mudah mudahan mereka sentiasa beringat"
                                                                                                                               (surah al-A'raf:26)

Seperti mana yang kita tahu..sebagai seorang wanita Islam kita kene menjaga aurat kita . Bagi yang anak dara atau janda, AYAHnya DIPERTANGGUNGJAWABKAN mnanggung DOSA. Sekiranya sudah berkahwin, berstatus isteri orang, SUAMInya akan MENANGGUNG DOSA. Jadi, sayang tak korang dekat orang yang dipertanggungjawabkan tu? mesti sayang kan? ringgan kan lah beban dorang :)

macam yang kita semua sedia maklum, badan perempuan ni semuanya aurat kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Makcik pon kekadang terlupa benda yang paling senang nak ingat ni.. main pakai je ikot suka hati. name pon manusia biasa, tak ditegur ..lupa..bila ditegur..melenting..subhanallah..bersyukurlah sekiranya kite dikalangan yang ditegur. Bermakna yang menegur sayang kite..alhamdulilah ..

Aurat kita untuk wanita Muslim dan Kafir:

Apa yang kita tahu..kalau sebut pasal aurat, antara laki dan prempuan. Sedangkan kita lupa, kita ada aurat sesama perempuan dan jugak dengan wanita kafir. Islam adakan aurat antara perempuan dan perempuan bagi mengelakkan beberapa kejadian yang tak diingini seperti lesbian n sebagainye ^_^ .. sedar x kite? subhanallah..indahnya Islam...kan? kan?

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
"seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain dan demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita lain. Tidak boleh dua lelaki berada dalam satu selimut. Demikian juga wanita dilarang berbuat demikian. " (Riwayat Muslin, Ahmad, Abu Daud) dan Ar-Tirmizi)

Wanita sesama wanita Muslim > wajib menutup antara pusat hingga lutut. Adab adab perlu dijaga jugak sebab nak mengelakkan dari perkara perkara maksiat seperti yang ada zaman sekarang .. :)

Firman Allah SWT :
"Janganlah para wanita Muslimah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada wanita wanita Islam yang lain.."

Wanita sesama wanita Kafir > seluruh badan kecuali anggota zahir ketika bekerja iaitu kepala, muka, leher, kedua tapak tangan hingga ke siku dan kedua kakinya.

P/s : saling meningati satu sma lain.. ingat kan diri sendiri yang dah tua jugak ni.. ^_^


Saturday 28 January 2012

AZAB WANITA YANG MENDEDAHKAN AURAT.. selamatberamal



Untuk renungan bersama..

Ali r.a meriwayatkan "saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah S.A.W dan kami temui baginda yang sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Israkkan ke langit, aku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan..maka bila teringatkan mereka aku menangis." Saya bertanya lagi, " wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?"

Beliau bersabda :-
1. Wanita yang di gantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan cairan yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum (buah yang berduri) dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun ubun kepalanya serta dibelit di bawah kekuasaan ular dan kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya kelihatan api yang menyala nyala dengan marak.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam api neraka. sedang darahnya mengalir dari rongga hidung, telinga dan mulut serta badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat pelbagai jenis seksaan.

10. Wanita yang berbentuk seperti anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya.

  Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, " Wahai ayahku, ceritalah kepadaku apakah amal perbuatan wanita wanita itu. "Rasulullah S.A.W bersabda, " Wahai Fatimah, ada pun tentang :-

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di tutup) di hadapan lelaki ajnabi.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata kata yang kesat dan kasar.

3. Kemudian Nabi S.A.W bersabda : " Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata katanya kecuali Allah akan membuat mulutnya kelak di hari kiamat, selebar 70 hasta kemudian akan mengikatnya di belakang leher.

4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh dan nifas.

6.Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) di kalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana perhiasannya.

8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa, tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu domba (batu api) serta berbohong.

10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah marah kepada suami nya.

11. Adapun wanita yang seperti rupa anjing dan api masuk kedalam mulutnya dan keluar daripada duburnya, maka bahawa sesungguhnya ia adalah suka mengungkit ungkit pemberiannya di kalangan dan suka dengki mendengki

   Sesungguhnya Rasulullah S.A.W pernah bersabda :" Bahawasanya, perempuan yang sengaja mendedahkan auratnya di khalayak ramai tanpa segan silu, tak kira samaada dia anak dara, janda atau isteri orang, tua atau muda, dia akan dilaknati oleh ALLAH S.W.T, malaikat malaikat dan segala makhluk di muka bumi ini sehinggalah perempuan itu diturunkan bala oleh ALLAH S.W.T

P/s yang ditaja oleh makcik : Sekiranya anda menyayangi ayah atau pun suami anda.. renung renungkan lah .. teguran yang baik bermakna sayang..saling tegur menegur antara 1 sama lain digalakkan..memandangkan kita manusia biasa yang sring lupa dan melakukan kesilapan..makcik sayang korang.. korang pulak? berpesanlh kepada yang tersayang :)

Friday 27 January 2012

TAMPILLAH CANTIK DI HADAPAN PENCIPTAMU 
kerana , itu LEBIH BAIK daripada MENAMPILKAN KECANTIKAN KEPADA MANUSIA YANG BUKAN MUHRIMMU ! TAMPILLAH CANTIK DI HADAPAN SUAMIMU , 
kerana , itu adalah SEBAHAGIAN daripada JIHADMU . MENGABDI PADA MANUSIA YANG KAMU KASIHI DEMI KEREDHAAN ILAHI . =)
renung2 kan dan selamat beramal.... :)

ciri ciri wanita dambaan lelaki



> Yang takut dan bertaqwa kepada ALLAH. Selalu memperhatikan pandangan ALLAH dalam semua yang dilakukan..Sehingga tiada amal yang muncul darinya kecuali telah melewati proses muraqabah iaitu merasakan pengawasan ALLAH, dan sehingga amalnya menjadi semula jadi..tidak di buat buat..baik.. dan selamat..

> Yang mencintai pasangannya (suami) dengan cinta sejati yang menuju ke syurga. Menjadi teman terbaik, penolong terbaik dalam kebaikan. Cintanya tidak mementingkan kesenangan dunia. Supaya menjadi wanita solehah yang membawa pasangan (suami) untuk kehidupan akhirat..dan selalu mengingatkannya...

Rasulullah bersabda :
'' dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik baik perhiasan dunia adalah wanita solehah..

> Yang memilih lelaki kerana agama dan akidahnya..bukan kerana harta dan kekuasaannya...

Rasulullah bersabda :
''apabila ada orang datang yang engkau sukai agamanya dan juga akhlaknya, maka nikahilah dia.ini dikatakan sampai tiga kali''

> Yang menjaga kesucian kehidupan bersama (suami isteri). Tidak mahu rahsia rumah tangga di ketahui ramai. Menjaga perasaan serta keaiban pasangan (suami). Tidak mahu seorang pun mengeruhkan keadaan dan mencampuri urusannya.

> Yang setia kepada pasangan (suami) dan selalu menjaga rasa cinta suaminya, sama ada sebelum atau selepas melahirkan cahaya mata . Percaya sekiranya pasangan (suami) adalah pokok dan cahaya mata adalah cabang dari pokok tersebut.

> Yang baik serta melayan pasangan, manis percakapan, tidak mengeluarkan kata kata yang kotor kerana percaya bahawa yang lidah kotor akan melukai hati dan mengeruh kan hubungan.

biarlah memiliki rupa yang hodoh...
kerana rupa anda tidak akan menyakiti hati sesiapa..
janganlah memiliki lidah yang hodoh..
kerana lidah anda boleh menyakiti hati sesiapa sahaja..

> Yang sentiasa membuat sesuatu yang baru untuk pasangan (suami). tidak melakukan perkara yang sama setiap hari. contoh perkara baru dari segi percakapan, penampilan, cara hidup, menghias rumah...supaya suasana menjadi baru..sedangkan hubungan sudah lama..

> Yang sentiasa menjaga kesihatan luaran dan dalaman. Selalu segar dan tidak berpenyakit .

> Yang sanggup berkorban segalanya seperti hartanya, kerjayanya serta waktunya demi syurga kecilnya iaitu keluarganya..

> Yang tidak membiarkan cemburu buta menguasai hati, kerana cemburu buta hanya akan menutupi segalanya kebaikan pasangannya..dan membuatkan tidak nampak atau sedar akan kebaikan pasangan..

> Yang mengetahui masa yang paling sesuai untuk pasangan berbincang dengannya. Menceritakan perkara perkara yang di sukai pasangan.

#selamatberamal#

Monday 2 January 2012

Friends forever :)



 Friends
Friends for Yesterday, today 
& tomorrow..
Thru joy and sorrow..
Even when we go our separate ways..
On the roads we must follow...
for the memories we make..
the joy were share..
lets close ..
and not let the miles come between
us..

Friends...
We shared smiles..
We wipes the tears..
and through the years..
Our friendship has grown..
along with us..
You are truly a wonderful part
of my life...

Friends...
 good friends are like stars..
you don't always see me..
but..
you know I always there..

Friends..
a real friends is hard to find..
difficult to leave..
and impossible to forget..

Friends..
you make my days become wonderfull..
please don't leave me..
 you make being friends..
as easy as breathing..

Friends..
a friends is one of the nicest thing
to have..
and is one of the nicest thing 
to be..

Friends..
a friends is someone..
who thinks you are..
 the good egg..
even though you are slightly cracked..

Friends like you are special..
You are the flower in the garden of life..
We found a friendship..
so powerful and true
That i know it'll be last forever..


 bestfriend forever
 
p/s : kawan biarlah ikhlas :) salah dan silap kawan tegur lah .. semoga persahabatan makin mesra..



Sunday 1 January 2012

pengarang jantung makcik :) -

assalamualaikum..

hari ni makcik nak cakap pasal cerita yang makcik tengok.. tak payah bayang pasai ombak rindu ke.. i love papa ke.. no.. no.. no.. ni bukan cerita wayang yang makcik nak cakap... err.. kalau wayang pon kat thailand la.. korang kene teruskan bace jugak.. tak kire .. (da paksaan dah ni ..) >_<'

ape sebab musabab korang kene tahu.. sebab bagi baby cute gurl.. hero dy comel sangat sangat.. dan sangat... tapi tak tahu la kalau cite rase makcik yang tua ni lain dari korang ..haha.. tak nak tulis panjang panjang tapi nak kasi gambar banyak banyak.. err.. banyak ke?






haa.. CRAZY LITTLE THING CALLED LOVE.. tajok dy..
tajuk crazy.. makcik pon crazy..

yang sebelah pengarang jantung makcik ni.. heroin dalam muvie tu.. wait wait.. dalam muvie dy.. luar muvie opkos makcik la kan... *oo*


cite dy pompan tu xcantik mula mula.. tapi laki tu mak aihh .. famous amos abes.. ramai betol minat kat dia..berebut rebut..memang hot la..well, hero cite mane yang orang xbrebut? cite tarzan memang la xde yang brebut.. 

pastu.. di pendekkan cerita..heroin dia pulak jadi hot.. mak aih.. dy punya famous kalah laki tu..siap ranking pertama lagi tuu.. yela.. heroin mane nak huduh lelame kan? kasi la cantik.. baru la orang semangat nak tengok siket.. kali ni.. yang baby cute boy pulak la nak cuci mate.. sebab mula mula cerita dok kasi tengok muke cute laki aku tu je..

ni salah satu babak yang ada dalam muvie tu.. mase tu si awek da cantik..tapi mase ni dorang mane couple lagi weyh.. nak tahu camne dorang couple tengok la..makcik layan cerita ni.. siap tarik tuala nak lap air mata.. mase tu hati makcik tak kering pulak.. pelik.. tengok ombak rindu .. makcik tido pulak.. pe jadahnya hati makcik ni.. 


*jom cuci mate baby cute gurl*

name dia dalam muvie tu P'shone..luar muvie tak tahu.. haha. 
P'shone bukan P'istol..
spell it right.. ;-)

aduh.. dia tenung makcik!

makcik cakap dia tenung makcik.. dia malu malu.. pandang tepi pulak..
:D

nak pujok makcik la tu... kasi epal sebijik.. kihkih..gatal*

smart2!

pesanan yang di taja oleh makcik : jangan kuat berangan macam makcik ye? teruk sangat dah ni..